Bidang Kajian : Kanak-kanak
Pelajar/Pengkaji Oleh: Tun Nur Naimah Amirah Bt Khiraldin
Alamat Emel: naimahamiraa41@gmail.com
Tarikh: 26/02/2020
Abstrak Kajian
PERANAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL AMAT PENTING. HAL INI KERANA, SOKONGAN SOSIAL YANG KUAT MAMPU MENGURANGKAN TEKANAN YANG ADA, SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAPAT DIDEFINASIKAN SEBAGAI TINGKAH LAKU YANG DAPAT MEMBERIKAN BANTUAN DALAM INTERAKSI SOSIAL. KAJIAN INI DIJALANKAN UNTUK MELIHAT HUBUNGAN DI ANTARA SOKONGAN SOSIAL DAN JUGA PENGHARGAAN KENDIRI. SECARA KHUSUSNYA, KAJIAN INI MELIHAT HUBUNGAN DI ANTARA SOKONGAN IBU BAPA DAN RAKAN INSTITUSI DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI PELATIH YANG SEDANG MENJALANI PEMULIHAN DI SEKOLAH TUNAS BAKTI, SUNGAI BESI. KAJIAN INI MENGGUNAKAN KAEDAH KUANTITATIF DAN DI JALANKAN DI INSTITUSI PEMULIHAN YANG MENEMPATKAN PELATIH DIMANA PELATIH PERLU MENJALANI PROSES PEMULIHAN DISEBABKAN OLEH KESALAHAN TERTENTU YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA. SERAMAI 60 ORANG PELATIH YANG TERDIRI DARI PELBAGAI LAPISAN UMUR DIJADIKAN SEBAGAI SAMPEL KAJIAN. DATA KAJIAN INI DIKUMPUL DENGAN MENGGUNAKAN BORANG SOAL SELIDIK YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PENGKAJI. SETERUSNYA, DATA INI DIANALISIS DENGAN MENGGUNAKAN ANALISIS STATISTIK YANG BOLEH DILAKUKAN DENGAN SISTEM PERISIAN KOMPUTER YANG CANGGIH DAN EFISYEN IAITU MELALUI STATISTICAL PACKAGE FOR SOCIAL SCIENCES 23.0 (IMB SPSS 23). HASIL KAJIAN MENUNJUKKAN TERDAPAT HUBUNGAN YANG SIGNIFIKAN ANTARA SOKONGAN SOSIAL DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI. OLEH ITU, KERJASAMA DARI PELBAGAI PIHAK IAITU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM), PIHAK INSTITUSI STB, PEKERJA SOSIAL, ORANG-ORANG YANG BERKEPENTINGAN DAN JUGA IBU BAPA AMAT DIPERLUKAN DALAM MEMBANTU MEMBERI SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA PELATIH YANG SEDANG MENJALANI PROSES PEMULIHAN INI. KATA KUNCI: SOKONGAN SOSIAL DAN PENGHARGAAN KENDIRI