Tahap Kesejahteraan, Sokongan Sosial dan Kecenderungan Minat Aktiviti Warga Emas yang hadir di Pusat Aktiviti Warga Emas Tampin, Negeri Sembilan

Bidang Kajian : Warga Emas

Pelajar/Pengkaji Oleh: Faizah Binti Abdullah

Alamat Emel: faiez1012@gmail.com

Tarikh: 08/05/2019


Abstrak Kajian


Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) diwujudkan sebagai satu tempat untuk warga emas menjalankan aktiviti. Ini selaras dengan objektif Dasar Warga Emas Negara untuk memastikan warga emas di negara ini menjalani kehidupan yang aktif dan berjaya. Kajian dijalankan untuk 1) mengkaji faktor demografi warga emas yang hadir di PAWE, 2) mengkaji sokongan sosial yang berkaitan dengan kesejahteraan warga emas yang hadir di PAWE dan 3) mengkaji kecenderungan minat aktiviti yang berkaitan dengan kesejahteraan warga emas yang hadir di PAWE. Kajian memfokuskan PAWE Tampin dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 42 orang warga emas dipilih untuk menjawab soal selidik Older Persons Quality Of Life (OPQOL), Social Support Questionnaire (Short Form) SSQSR dan Kecenderungan Minat Aktiviti. Analisis telah dibuat dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23. Penganalisisan statistik yang digunakan ialah ujian T-test, Anova sehala dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kesejahteraan warga emas berdasarkan faktor-faktor demografi atau kecenderungan minat aktiviti kecuali aktiviti kesihatan. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan antara kesejahteraan warga emas dengan jumlah sokongan sosial yang diterima. Walau bagaimanapun. Terdapat perbezaan antara kesejahteraan warga emas dengan kepuasan sokongan sosial yang diterima. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada ahli psikologi untuk menyediakan modul yang sesuai bagi menilai tahap kesejahteraan warga emas yang hadir di PAWE secara khusus dan warga emas di Malaysia secara amnya. Hasil kajian diharapkan dapat membantu pembuat dasar untuk mengenal pasti keperluan latihan kepada pengurusan PAWE serta menyediakan PAWE yang mencukupi mengikut profiling warga emas di negara ini. Kajian yang sama boleh dijalankan pada masa akan datang di PAWE yang lain di seluruh Malaysia dengan membuat perbandingan berdasarkan faktor demografi dan pemboleh ubah yang lain. Selain itu, kajian juga boleh dijalankan untuk melihat keberkesanan program PAWE ke atas ahli keluarga warga emas yang hadir di PAWE.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 741
  • Semalam: 1,715
  • Mingguan: 11,530
  • Bulanan: 16,390
  • Tahunan: 46,215
1,032,322

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia