Profil, Tahap Ketidakupaya Dan Tahap Kefungsian Pesakit Gangguan Dwideria Atau Deafblindness

Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya

Pelajar/Pengkaji Oleh: Muhamad Fahmi Bin Ramdzani

Alamat Emel: pamy_nstg96@yahoo.com

Tarikh: 25/07/2019


Abstrak Kajian


Pekak buta bermaksud individu yang mengalami kehilangan deria penglihatan dan pendengaran pada waktu yang sama. Kajian ini bertujuan untuk menentukan profil, tahap ketidakupayaan dan tahap kefungsian pesakit gangguan dwideria pekak buta. Semua maklumat ini diambil dari Borang Pendaftaran OKU. Terdapat 6,555 fail pesakit OKU yang terdiri sebanyak 3,857 (58.8%) fail pesakit buta, 2,128 (32.4%) fail pesakit pekak dan 570 (8.7%) fail gangguan pelbagai yang berdaftar dengan JKM di Malaysia. Hanya 4 fail pesakit OKU yang dikenal pasti dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Hasil kajian ini, kesemua pesakit gangguan dwideria pekak buta telah didiagnosis pekak bisu. Majoriti pesakit merupakan pekak buta perolehan. Purata umur pesakit dalam kajian ini adalah 50.50 ± 9.0 tahun. Majoriti pesakit adalah merupakan lelaki (3 orang) berbanding perempuan (1 orang). Manakala untuk bangsa pula, sebanyak 2 orang berbangsa Melayu dan Cina. Majoriti penempatan pesakit adalah di Semenanjung Malaysia. Tahap pendidikan bagi pesakit dwideria pekak buta ini adalah seimbang dari segi berpendidikan (50%) dan tidak berpendidikan (50%). Bagi tahap pekerjaan pula, majoriti pesakit pekak buta tidak mempunyai pekerjaan dan hanya seorang sahaja bekerja. Tahap ketidakupayaan dan kefungsian bagi pesakit pekak buta dalam kajian ini majoritinya tidak mempunyai masalah. Namun hanya domain kefungsian sosial sahaja mengalami pengurangan. Justeru, terdapat hubungan di antara tahap ketidakupayaan dan tahap kefungsian tetapi tidak signifikan antara kedua-dua tahap pesakit mengalami gangguan dwideria pekak buta. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam menyediakan program intervensi awal dan pengurusan kepada pesakit pekak buta dan boleh dijadikan panduan untuk kajian lebih mendalam dan boleh digunakan sebagai titik asas dalam menguruskan pekerjaan harian.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,494
  • Semalam: 1,712
  • Mingguan: 12,952
  • Bulanan: 18,855
  • Tahunan: 48,680
1,034,787

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia