HUBUNGAN ANTARA GAYA KEIBUBAPAAN DAN TINGKAH LAKU DELIKUEN DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI DALAM KALANGAN REMAJA BERMASALAH

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nur Syahirah Binti Suliman

Alamat Emel: syahirahsuliman@gmail.com

Tarikh: 30/08/2019


Abstrak Kajian


Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (2014), seramai 5153 orang kanak- kanak dibawah umur 18 tahun yang terlibat dengan gejala jenayah yang melibatkan tingkah laku delinkuen seperti akta kesalahan kecil, melanggar syarat pengawasan, dadah, judi, senjata atau bahan api, lalulintas, lari dari sekolah diluluskan dan lain- lain. Bilangan jenayah yang tinggi ini menjadikan pengkaji berminat untuk melihat perkaitan Antara gaya keibubapaan dengan tingkah laku delinkuen serta menguji tahap penghargaan kendiri remaja bermasalah tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan dengan masalah tingkah laku delinkuen pelajar, mengenalpasti hubungan antara gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri pelajar, mengenalpasti perbezaan gaya keibubapaan mengikut tahap pendidikan ibu bapa, mengenalpasti perbezaan masalah tingkah laku delinkuen kedudukan kelahiran, dan mengenalpasti perbezaan penghargaan kendiri mengikut kedudukan kelahiran. Kajian ini dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian survey menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian yang digunakan adalah Parental Authority Questionnare (PAQ) Baumrind (1917), Deliquency Scale oleh Junger (1997), dan Penghargaan Kendiri Rosenberg (1956). Pemilihan responden adalah dalam kalangan pelajar Sekolah Tunas Bakti seramai 60 orang pelajar. Data yang diperoleh akan di analisis dengan menggunakan Statistical Packet for Social Science (SPSS). Hasil dapatan kajian menunjukkan Gaya Keibupaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkahlaku delinkuen, terutama sekali bagi dimensi Gaya Keibubapaan Permisif. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan agar dapat menjadi panduan asas dan membekalkan maklumat-maklumat tentang kesan-kesan gaya keibupanaan yang akan mempengaruhi corak perkembangan anak-anak.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,150
  • Semalam: 1,522
  • Mingguan: 12,177
  • Bulanan: 15,750
  • Tahunan: 447,336
1,433,443

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia