Faktor Dan Bentuk Keganasan Rumah Tangga Muslim Terhadap Isteri

Bidang Kajian : Keluarga

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurul Shafika Binti Mofaizal

Alamat Emel: ikashafikaaa17@gmail.com

Tarikh: 18/08/2020


Abstrak Kajian


Dewasa ini, peratusan jenayah keganasan rumah tangga semakin meningkat dan telah berlaku dalam pelbagai bentuk keganasan. Perkara ini dibuktikan melaului statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan statistik tersebut, Negeri Selangor merupakan Negeri tertinggi dalam kes keganasan rumah tangga berbanding negeri- negeri yang lain. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep keganasan rumah tangga dalam Islam dan sivil serta mengenal pasti sama ada wujud faktor dan bentuk keganasan rumah tangga baru di Daerah Klang. Kajian ini menggunakan metod kajian kualitatif iaitu analisis kandungan. Data dikumpul melalui fail-fail kes keganasan rumah tangga di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang dari tahun 2017 sehingga tahun 2019. Akta Perempuan Bersuami 1950 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 juga berbentuk memberi perlindungan kepada mangsa keganasan serta memperuntukkan beberapa remedi lain seperti ganti rugi dan injunksi. Berdasarkan daripada empat belas kes yang didaftarkan pada tahun 2017 sehingga tahun 2019 di Daerah Klang,terdapat tujuh faktor keganasan rumah tangga yang berlaku kepada mangsa keganasan rumah tangga iaitu faktor panas baran, salah sangka terhadap isteri, dadah, cemburu, suami menghadapi tekanan, masalah kewangan dan hilangnya perasaan sayang. Justeru itu, terdapat satu bentuk keganasan rumah tangga yang berlaku dalam kajian ini iaitu penderaan fizikal. Di samping itu, faktor demografi seperti umur, status pekerjaan dan tempoh perkahwinan juga merupakan faktor yang relevan dan mendorang berlakunya keganasan rumah tangga. Kajian ini memberi implikasi bahawa penambahbaikan perlaksanaan perundangan sedia ada perlu dibaca semula dan memperluaskan pentakrifan jenayah keganasan rumah tangga, penambahan peranan pihak berkuasa dalam mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang peruntukan berkenaan keganasan rumah tangga terutama kepada kaum wanita.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,604
  • Semalam: 1,712
  • Mingguan: 13,062
  • Bulanan: 18,965
  • Tahunan: 48,790
1,034,897

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia