PENGALAMAN BERGELAR " IBU MUDA " : KAJIAN KES DI TAMAN SERI PUTERI,TELAGA AIR, SARAWAK

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurliyana Binti Ali

Alamat Emel: leeyana44ali@yahoo.com

Tarikh: 07/07/2014


Abstrak Kajian


Penglibatan remaja dalam seks luar nikah di Malaysia bukanlah satu fenomena baru, terutamanya membabitkan isu “anak luar nikah”. Tambahan lagi anak luar nikah ini dilahirkan oleh “ibu” yang masih lagi remaja belasan tahun. Walaupun banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji isu ini di Barat, terdapat kelainan bagi kajian yang diberikan kerana kajian ini lebih menumpukan konteks apa yang berlaku di Malaysia. Pendapat remaja, perasaan dan kepercayaan perlu difahami dan diberi perhatian yang serius kerana mereka hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna, dan mempunyai hak untuk bersuara. Penyelidikan kualitatif ini bertujuan untuk memahami kehidupan pengalaman tiga remaja perempuan yang terlibat dalam tingkah laku delinkuen iaitu hamil anak luar nikah. Tiga remaja yang ditempatkan di satu institusi perlindungan dan pemulihan di daerah Kuching, Sarawak telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pembinaan hubungan di antara pengkaji dan remaja ini diperlukan supaya remaja selesa untuk bercerita dan membolehkan mereka berkongsi pengalaman lampau. Kaedah temubual bersemuka digunakan sepanjang proses pengumpulan data dan pelbagai kaedah lain seperti pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan juga. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa faktor diri sendiri, dinamik keluarga dan persekitaran tidak sihat adalah elemen penting yang menyumbang kepada masalah gejala anak luar nikah ini berlaku. Kata Kunci : anak luar nikah, remaja perempuan, hamil
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,352
  • Semalam: 1,522
  • Mingguan: 12,379
  • Bulanan: 15,952
  • Tahunan: 447,538
1,433,645

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia