Persepsi Masyarakat Terhadap Golongan Peminta Sedekah Di Sekitar Bandar Jerantut, Pahang.

Bidang Kajian : Komuniti

Pelajar/Pengkaji Oleh: Noor Diyanah Binti Abdul Manan

Alamat Emel: lesungpipit_89@yahoo.com

Tarikh: 17/06/2013


Abstrak Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan golongan peminta sedekah ini meminta sedekah, mengetahui sikap atau pandangan masyarakat terhadap golongan peminta sedekah di Desa Bina Diri dan mengetahui tindakan yang diambil oleh jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani masalah peminta sedekah ini. Ia melibatkan kajian di Desa Bina Diri Jerantut, Pahang. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 50 orang masyarakat yang menetap di sekitar Desa Bina Diri. Instrumen kajian adalah menggunakan boring soal selidik. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Data dan maklumat yang diperolehi daripada soal selidik disemak dan dianalisis menggunakan pengiraan jumlah dan peratusan biasa. Hasil kajian mendapati sikap malas dan suka berserah pada takdir menyebabkan seseorang individu itu meminta sedekah. Masyarakat beranggapan bahawa golongan ini menjadi beban kepada masyarakat dan menyarankan kerajaan agar membina lebih banyak Desa Bina Diri bagi memulihkan golongan ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat senantiasa membantu golongan ini dari semasa ke semasa.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 808
  • Semalam: 1,715
  • Mingguan: 11,597
  • Bulanan: 16,457
  • Tahunan: 46,282
1,032,389

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia