HUBUNGAN ANTARA PRESTASI FIZIKAL, KEKUATAN OTOT, STATUS FUNGSI, KOMPOSISI BADAN DAN JISIM OTOT RANGKA DI KALANGAN ORANG TUA BERUMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS.

Bidang Kajian : Warga Emas

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nur Sabrina Binti Zulkefli

Alamat Emel: sabrinazulkefli@gmail.com

Tarikh: 27/06/2013


Abstrak Kajian


Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk menentukan hubungan status sarcopenia dengan prestasi fizikal, kekuatan fizikal, kekuatan otot, status fungsi, dan jisim otot rangka di kalangan warga tua 60 tahun dan keatas di Rumah Seri Kenangan, Cheras dan Seremban. Maklumat mengenai latar belakang sosio-demografi, ciri-ciri yang berkaitan dengan kesihatan, prestasi fizikal dan status fungsi direkod melalui temu bual atau wawancara. Penilaian prestasi fizikal dijalankan menggunakan borang soal selidik ‘Short Physical Performance Battery’ manakala bagi penilaian status fungsi dijalankan menggunakan borang soal selidik ‘Barthel Index’. Berat badan, ketinggian, kekuatan pegangan dan komposisi lemak badan diukur dengan menggunakan peralatan yang sesuai dan prosedur standart. Jisim otot rangka (SSM) telah dianggarkan dengan menggunakan formula oleh Janssen et al, (2002) seperti berikut: [(tinggi² (cm)/BIA-resistance (Ώ) x 0.40.1+ (jantina x 3.825) + (umur x (-0.071)] + 5.102. subjek telah dikelaskan sebagai sarcopenia berdasarkan Indeks otot rangka (IKS) (Lelaki<31%; Wanita<28%). Majoriti subjek adalah Melayu (51.6%), lelaki (63.5%) dan berumur 60-70 tahun (59.5%). SMM Adalah lebih tinggi dikalangan lelaki (21.2 ± 3.8 kg; p >0.001), bangsa Cina (20.3 ± 4.3 kg; p=0.027) dan mereka dalam kumpulan umur 60 hingga 70 tahun (19.1 ± 5.0 kg; p=0.024). berdasarkan IKS, 56.3% dan 16.7% daripada subjek telah dikelaskan sebagai sarcopenia Kelas I dan Kelas II, masing-masing. Lelaki mempunyai kadar yang lebih tinggi (52.2%) berbanding perempuan (47.8%) telah diklasifikasikan sebagai sarcopenia (Kelas I dan II digabungkan). Status Sarcopenia nyata berkaitan dengan jantina (χ2 = 19.60, p < 0.001) tetapi tidak dengan kumpulan umur (χ2 = 0.097, p = 0.755). otot rangka adalah ketara berkait rapat secara positif dengan status fungsi (r = 0,581, p < 0.001) dan ketinggian (r = 0,782, p<0.001) serta berkait rapat secara negative dengan peratusan lemak badan (r = -0,485, p<0.001). kesimpulannya, terdapat sebahagian besar daripada warga tua yang mempunyai risiko sarcopenia atau kehilangan jisim otot. Dengan peningkatan usia, penurunan berterusan dalam otot rangka akan menjejaskan status fungsi dan tahap aktiviti fizikal warga tua. Oleh itu, program atau aktiviti yang sesuai perlu digubal dan disediakan kepada orang-orang yang berisiko.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 13
  • Semalam: 1,544
  • Mingguan: 11,609
  • Bulanan: 35,105
  • Tahunan: 466,691
1,452,798

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia