Metamorphosis of the city, street homelessness, and the Destitute Person’s Act: A case study of Kuala Lumpur

Bidang Kajian : Komuniti

Pelajar/Pengkaji Oleh: Rayna Rusenko

Alamat Emel: r.rusenko@live.com

Tarikh: 30/09/2013


Abstrak Kajian


Di Malaysia, strategi kerajaan untuk menangani masalah gelandangan bergantung kebanyakannya pada pemakaian Akta Orang Papa 1977, berdasarkan undang-undang yang berkaitan dengan kutu rayau diperkenalkan pada 1874 oleh British. Kajian ini berdasarkan metodologi campuran dalam kerja lapangan, penyelidikan arkib, temuduga dan boring kaji selidik mengkaji pelaksanaan semasa Akta Orang Papa di kuala lumpur, dengan mengambil kira perubahan sejarah di Bandar dan undang-undang berkaitan yang vagrancy; ia juga mengkaji impak pelaksanaan Akta ini ke atas golongan gelandangan hari ini. Kegunaannya ialah untuk menilai sejauh mana penerimaan dan pelaksanaan Akta ini telah mencapai matlamat untuk “untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang papa dan bagi mengawal kutu rayau”, seperti hasratnya. Kajian ini mendapati yang pemakaian Akta ini hari ini di atas nama kebajikan social sebenarnya merupakan sistem yang sama dengan jenayah abad ke-19, diasaskan pada amalan “round ups” dan tahanan. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan melibatkan proses yang melanggar hak-hak perlembagaan dan hak-hak asasi manusia, termasuk hak kebebasan bergerak, hak kesamarataan, hak terhadap harta, dan hak kebebasan diri, dan pelanggaran ini merumitkan lagi keupyaan individu untuk mewujudkan keselamatan dan kesejahteraan peribadi. Kedua-dua sejarah dan kesan hari ini menunjukkan bahawa sistem ini tidak meningkatkan kebajikan gelandangan atau kebajikan awam. Selain itu, sistem ini adalah jauh dari kebajikan social, ia adalah tindakan punitif. Untuk mengjangkakan yang penguatkuasaan Akta Orang Papa akan menurangkan masalah gelandangan adalah satu salah faham mengerai masalah sebenar. Tindakan punitif terhadap orang miskin adalah mahal, memakan masa, dan tidak sampia ke akar umbi masalah. Kepentingan awam terletak dalam membangunkan rejim dasar yang bukan sahaja mengurangkan bilangan orang yang tiada tempat tinggal kecuali ruang awam, tetapi juga menawarkan keselamatan yang lebih besar kepada semua rakyat sebagai langkah untuk mencegah kemiskinan dan masalah gelandangan. Rejim seperti ini memerlukan membangunkan program bantuan mengikut hak sama rata, kebebasan asasi, maruah dan keperluan semua warganegara. Kajian ini mencadangkan pemansuhan serta merta Akta Orang Papa dan penggubalan rejim polisi social yang positif.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,287
  • Semalam: 1,507
  • Mingguan: 12,302
  • Bulanan: 42,605
  • Tahunan: 474,191
1,460,298

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia