Bidang Kajian : Komuniti
Pelajar/Pengkaji Oleh: Nur Fadila Binti Abu Bakar
Alamat Emel: lavender_fadila@yahoo.com
Tarikh: 27/06/2013
Abstrak Kajian
Kajian ini mengenai peranan dan sumbangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang terhadap masyarakat di daerah ini. Masalah sosial yang berlaku di daerah ini, menyebabkan tertubuhnya PKMDP di daerah ini bagi mengatasi serta mengurangkan masalah di daerah ini kerana PKMDP bertanggungjawab memberi khidmat sosial kepada mereka yang memerlukan. peranan serta sumbangan yang diberikan oleh PKMDP ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan seharian mereka. Kepentingan PKMDP dapat dilihat dengan lebih jelas bermula pada tahun 2000 hingga 2012. Bagi menyiapkan tugasan ini, penulis mendapatkan maklumat melalui dokumen-dokumen, buku-buku, akhbar dan juga jurnal. Berdasarkan kepada kajian penulis, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang ternyata membantu masyarakat di Daerah Pendang terutama kepada kumpulan sasar Jabatan iaitu kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas, orang papa, keluarga dan mangsa bencana.