The Readiness of Stakeholders in Malaysia on the Formal Implementation of Restorative Justice in Malaysian Criminal Justice System

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Mohd Taufik Bin Mohammad

Alamat Emel: mtaufikmohd@gmail.com

Tarikh: 01/01/1970


Abstrak Kajian


Hasil kajian terdahulu telah membuktikan yang pengadilan restoratif sangat berkesan bagi mengetahui keperluan mangsa dan pelaku jenayah. Namun begitu, keberkesanan perlaksanaan pengadilan restoratif memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap pengalaman yang dialami oleh mangsa jenayah, kepentingan kewujudan mangsa jenayah di dalam sistem keadilan jenayah, serta sikap tidak menghukum terhadap pelaku jenayah; khususnya pesalah kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk memahami pendapat dan pengalaman mangsa jenayah, pesalah kanak-kanak, dan pegawai akhlak di dalam sistem keadilan jenayah. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai tahap kepuashatian dalam kalangan mangsa jenayah tentang bagaimana mereka dilayan oleh sistem itu sendiri berdasarkan kepada jantina, kumpulan gaji, dan umur. Pelaku jenayah kanak-kanak melaporkan tahap kepuashatian yang rendah terhadap tatacara polis melayan mereka tetapi mempunyai tahap kepuashatian yang tinggi terhadap pekerja sistem keadilan jenayah yang lain seperti di mahkamah dan di asrama akhlak. Sementara itu, pegawai akhlak melaporkan secara positif dengan cara pesalah jenayah apabila ditanya secara kuantitatif tetapi terdapat kepelbagaian jawapan apabila diminta untuk menghuraikan jawapan mereka. Kajian ini turut menanyakan kepada mangsa jenayah dan pesalah kanak-kanak tentang kesediaan dan kesanggupan mereka untuk menyertai program restorative justice yang menfokus kepada empat komponen: dialog, kemaafan, pembaikan, dan pemilihan komuniti atau sistem – manakala pegawai akhlak ditanya mengenai pendapat mereka sekiranya pesalah kanak-kanak patut turut menyertai program tersebut. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa lebih ramai mangsa jenayah berbanding dengan pesalah kanak-kanak bersedia untuk berjumpa dan menyertai sesi dialog – mangsa jenayah bersedia untuk memaafkan pesalah jenayah dan membiarkan pelaku jenayah mereka melakukan pemulihan tersebut. Sejajar dengan itu, lebih daripada separuh pesalah kanak-kanak ingin memohon maaf dan memperbaiki kesilapan mereka. Terdapat kepelbagaian respon daripada pegawai akhlak dengan tema utama mendapati bahawa penglibatan di dalam program ini harus dilaksanakan berdasarkan kepada jenis jenayah yang dilakukan. Kajian ini memformulasi model perlaksanaan restorative justice berdasarkan daripada jawapan yang diberikan oleh responden, berserta model bagi penilaian risiko yang berkaitan dengan dendam.

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,437
  • Semalam: 1,507
  • Mingguan: 12,452
  • Bulanan: 42,755
  • Tahunan: 474,341
1,460,448

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia