Pelaksanaan Ibadah Solat Dalam Kalangan Remaja Juvana Di Pusat Pemulihan Akhlak Taman Seri Putri Batu Gajah, Perak.

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurrul Ain Binti Alias

Alamat Emel: nurrulain.alias@yahoo.com

Tarikh: 20/05/2014


Abstrak Kajian


Kajian ini dijalankan untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaan Ibadah solat dalam kalangan Remaja Juvana di Pusat Pemulihan Akhlak Taman Seri Putri, Batu Gajah Perak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan pemahaman tentang solat dalam kalangan pelatih juvana. Ia juga mengenal pasti tahap penglibatan remaja juvana dalam pelaksanaan solat serta ia juga mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dalam pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan remaja juvana di Taman Seri Putri. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan yang mengambil rujukan melalui buku, jurnal dan lain-lain. Kajian lapangan juga dilakukan dalam bentuk instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Sampel kajian untuk soal selidik adalah seramai 50 orang remaja juvana di Pusat Pemulihan Akhlak Taman Seri Putri yang berumur diantara 14 tahun hingga 18 tahun. Dapatan kajian diperolehi melalui borang soal selidik berbentuk skala likert dengan tiga pilihan jawapan mengukur maklum balas responden terhadap kajian. Pemerhatian dilokasi akan dilakukan oleh pengkaji dalam beberapa jam untuk mengkaji tentang pelaksanaan ibadah solat. Data dianalisis secara deskriptif dalam perisian computer SPSS 20.0 (Statistical Pakage For Social Science). Bagi menambahbaikan lagi Pelaksanaan Ibadah Solat, pengkaji telah memberikan beberapa saranan dan cadangan untuk dilaksanakan di taman Seri Putri, Batu Gajah Perak. Hasil maklum balas membuktikan penglibatan kakitangan dalam mengerjakan solat berjemaah akan memberikan mereka ruang perbincangan untuk memperbaiki ibadah dengan lebih baik. Oleh kerana kebanyakan mereka terdiri daripada kalangan umur yang tidak jauh bezanya, mungkin ilmu mereka tentang tajwid, cara pergerakan, sunah nabi dan lain-lain agak terbatas. Selain itu, mungkin ada dalam kalangan mereka yang malu atau tidak berpeluang untuk bertanya tentang syak wasangka dalam solat mereka kepada rakan-rakan. Jadi, penglibatan kakitangan yang lebih arif, ditambah dengan penampilan dan pendekatan mereka yang professional akan dapat membantu mereka menyelesaikan isu-isu tentang permasalahan solat yang berbangkit.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,483
  • Semalam: 1,507
  • Mingguan: 12,498
  • Bulanan: 42,801
  • Tahunan: 474,387
1,460,494

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia