PENDEKATAN AL-QURAN MENGENAI DAKWAH TERHADAP REMAJA: KAJIAN DARI ASPEK PEMULIHAN DI RUMAH PERLINDUNGAN AKHLAK REMAJA WANITA, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Basirah Binti Abu Bakar

Alamat Emel: aimanquraish88@gmail.com

Tarikh: 11/09/2020


Abstrak Kajian


Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan al-Quran mengenai dakwah terhadap remaja dari aspek pemulihan di Rumah Perlindungan Akhlak Wanita Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor dan Kuala Lumpur. Ia rentetan jenayah juvana di Malaysia dilihat semakin meningkat terutama di Kuala Lumpur. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 11% dalam tempoh setahun. Tambahan pula, kebanyakan penghuni rumah-rumah perlindungan adalah yang beragama Islam. Ini disebabkan kaum remaja ketika usia sebegini mudah terpengaruh untuk mencuba dan membuat sesuatu. Modul keagamaan yang dilakukan di rumah perlindungan remaja wanita masih belum mencapai pendekatan tertentu yang berbentuk tradisional, konvensional mahupun keagamaan Islam yang direka secara khusus bagi menangani masalah tingkah laku remaja. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Ia bertujuan untuk mengkaji (1) pendekatan dakwah al-Quran terhadap remaja, (2) mengenalpasti latarbelakang Rumah Perlindungan Akhlak Remaja Wanita, JKM di Kuala Lumpur dan Selangor, (3) mengenalpasti bentuk-bentuk pendekatan pemulihan terhadap remaja di Rumah Perlindungan Akhlak Remaja Wanita, JKM di Kuala Lumpur dan Selangor, dan (4) menganalisis dan mencadangkan contoh model bagi menghasilkan pendekatan dakwah al-Quran yang berkesan terhadap remaja. Pendekatan ayat-ayat al-Quran berkisarkan kisah Maryam a.s dan model al-Ghazali membentuk kerangka konspetual kajian yang dijalankan. Pendekatan-pendekatan yang disediakan adalah diadaptasi menggunakan pendekatan al-Ghazali secara hikmah. Pendekatan pertama iaitu motivasi dengan pujian dan kata-kata menunjukkan aspek yang paling penting dalam pendekatan al-Ghazali iaitu membina hubungan dengan sesebuah individu. Pendekatan kedua iaitu perintah yang ditujukan menunjukkan penerimaan arahan daripada individu setelah mengenal pasti masalah. Pendekatan ketiga adalah justifikasi perintah iaitu menyatakan keperluan dalam melaksanakan perintah yang disuruh. Dengan itu, penulis melihat pendekatan-pendekatan dakwah quran dalam aspek pemulihan terhadap dua buah rumah perlindungan Asrama Bahagia Akhlak, Kampung Pandan (ABKL) dan rumah perlindungan Taman Seri Puteri, Cheras (TSP) yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan ABKL dan TSP menggunakan pendekatan bermodul dan pendekatan pemulihan quran. Terdapat tiga bentuk pendekatan dakwah quran dalam aspek pemulihan di ABKL dan TSP iaitu; (1)perlindungan, (2)pendidikan, dan (3) pengawasan. Kata Kunci: Pendekatan, Dakwah Quran, Aspek Pemulihan, Rumah Perlindungan Akhlak, Remaja
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926 / 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 2,123
  • Semalam: 3,366
  • Mingguan: 26,389
  • Bulanan: 5,489
  • Tahunan: 411,809
2,765,288

Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia