Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan dan Pengaruh Rakan Sebaya Dengan Tingkahlaku Delinkuensi Dalam Kalangan Remaja Lelaki

Bidang Kajian : Keluarga

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nuzul Fazlina Binti Rusmi

Alamat Emel: nuzulfazlina83@yahoo.com.my

Tarikh: 20/05/2013


Abstrak Kajian


Bilangan remaja yang terlibat dengan tingkah laku delinkuen semakin meningkat dari semasa ke semasa. Banyak aspek dianggap sebagai penyumbang kepada peningkatan ini. Kajian ini memberikan tumpuan kepada dua aspek iaitu hubungan keluarga dan pengaruh rakan sebagai punca tingkah laku delinkuen remaja. Hubungan keluarga dilihat pada aspek kemesraan di antara ahli keluarga, kekerapan meluangkan masa bersama ahli keluarga dan sejauh mana ahli keluarga mengambil tahu tentang kegiatan remaja. Pengaruh rakan sebaya dikaji dari aspek sistem kepercayaan, pengaruh, keinginan untuk bersama dan diterima oleh rakan sebaya. Responden terdiri daripada 40 orang remaja di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur. Soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Jumlah kekerapan, min, sisihan piawai, ujian t dan korelasi digunakan untuk tujuan menganalisis data yang diperolehi. Kajian ini mendapati bahawa tidak ramai remaja di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Besi, Kuala Lumpur yang terlibat dengan salah laku yang tegar. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara tahap hubungan keluarga dan pengaruh rakan sebaya dengan tingkah laku delinkuensi. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat untuk membantu remaja mewujudkan persekitaran positif bagi mengelakkan remaja terjebak dengan gejala sosial dan salah laku delinkuensi.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 717
  • Semalam: 1,762
  • Mingguan: 11,076
  • Bulanan: 11,076
  • Tahunan: 291,899
1,278,006

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia