Hubungan di antara tret personaliti, gaya asuhan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya terhadap tingkahlaku delinkuen di kalangan kanak-kanak di pusat pemulihan akhlak di Negeri Sabah

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Siti Noor Fazariah Bt Suis @ Mohd Rusdy

Alamat Emel: fazariah@ums.edu.my

Tarikh: 17/06/2013


Abstrak Kajian


Kajian ini mengukur hubungan antara tret personaliti, gaya asuhan ibu bapa dan juga pengaruh rakan sebaya terhadap tingkahlaku kanak-kanak delinkuen di Negeri Sabah. Kajian ini telah dijalankan di empat buah institusi pemulihan Sekolah Tunas Bakti bagi Kota Kinabalu dan Taman Seri Puteri Kota Kinabalu, Sekolah Hendry Gurney Kota Kinabalu dan Sekolah Hendry Gurney Keningau. Kajian ini menggunakan Teknik persampelan bertujuan untuk mendapatkan seramai 191 responden yang mewakili populasi kanak-kanak delinkuen di negeri Sabah. Instrumen kajian pula merupakan adaptasi daripada Soal Selidik Personaliti Eysenck, Paulson’s Perception of Parenting Style, soal selidik Pengaruh Rakan Sebaya dan soal selidik delinkuen junger dan telah diubahsuai berdasarkan keperluan kajian ini. Data dianalisis dengan program SPSS dan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi tret personality, gaya asuhan ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya dengan tingkahlaku delinkuen secara keseluruhan, tetapi wujud hubungan yang signifikan antara personaliti psikotik, gaya asuhan permisif dan aktiviti bersosial bersama rakan sebaya dalam pembentukan tingkahlaku kanak-kanak delinkuen di Negeri Sabah
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,229
  • Semalam: 1,507
  • Mingguan: 12,244
  • Bulanan: 42,547
  • Tahunan: 474,133
1,460,240

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia