Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya
Pelajar/Pengkaji Oleh: Siti Izyani Binti Yasmin
Alamat Emel: izyaniyasmin99@gmail.com
Tarikh: 01/01/1970
Abstrak Kajian
KAJIAN TENTANG JALINAN KERJASAMA ANTARA PETUGAS DAN TERAPIS CARAKERJA TERHADAP PEMBANGUNAN PELATIH ISTIMEWA DI PDK NEGERI KELANTAN
Pengenalan: Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti jalinan kerjasama antara petugas dan Terapis Carakerja terhadap perkembangan pelajar istimewa yang melibatkan petugas di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Sebanyak 40 PDK yang terpilih dalam menjayakan kajian ini. Objektif khusus menjalankan kajian ini ialah dapat mengkaji tahap penglibatan petugas dalam aktiviti rawatan Terapi Cara Kerja dan dapat mengenalpasti tahap perkembangan pelatih istimewa di PDK.
Kaedah: Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan rekabentuk ataupun ‘survey’. Soalan kajian diberikan kepada responden yang terdiri daripada petugas- petugas di 40 PDK yang menyertai kajian ini. Responden diberi borang soal selidik melalui medium ‘google form’. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 61 orang (n=61) yang menepati kriteria inklusif dan eksklusif kajian.
Hasil: Hasil dapatan kajian tentang tahap penglibatan petugas dalam aktiviti rawatan Terapi Cara Kerja terhadap perkembangan pelatih istimewa di PDK, mendapati peratusan tertinggi skala likert ialah “Tinggi” iaitu 51% (n=31) diikuti dengan peratusan tahap penglibatan kedua tertinggi adalah “Normal” iaitu sebanyak 28% (n=17). Manakala untuk peratusan yang berada pada skala likert “Sangat Tinggi” iaitu pada kedudukan ketiga tertinggi adalah sebanyak 17% (n=10) dan diikuti dengan peratusan tahap penglibatan “Rendah” iaitu sebanyak 3% (n=2) dan akhir sekali adalah sebanyak 1% (n=1) pada skala likert “Sangat Rendah”.
Kesimpulan: Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat jalinan kerjasama antara petugas di Pusat PDK dan Terapis Cara Kerja di negeri Kelantan. Kebanyakan responden bersetuju 50.6% (n=40) bahawa jalinan kerjasama ini mempengaruhi perkembangan pelatih istimewa.