kajian keberkesanan perintah perlindungan kecemasan (EPO) kepada mangsa keganasan rumah tangga

Bidang Kajian : Keluarga

Pelajar/Pengkaji Oleh: Siti Hajar Abdul Rauf

Alamat Emel: hajarrauf@unisza.edu.my

Tarikh: 14/05/2024


Abstrak Kajian


Keganasan rumah tangga (KRT) adalah satu jenayah dalam komuniti. Statistik kes KRT yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan terdapat 5,260 kes KRT pada tahun 2020, 7,468 kes pada tahun 2021, 6,540 kes pada tahun 2022 dan 3640 kes sehingga Ogos 2023. Terdapat tiga (3) usaha yang dilaksanakan dalam negara bagi membantu mangsa KRT dalam negara; iaitu perintah perlindungan interim (IPO), perintah perlindungan (PO) dan perintah perlindungan kecemasan (EPO). Namun begitu, kajian ini hanya memfokuskan kepada EPO sahaja. Objektif kajian adalah untuk mengukur tahap keyakinan mangsa KRT terhadap pelaksanaan EPO, mengenal pasti jurang yang berlaku antara aduan yang diterima dengan jumlah EPO yang dikeluarkan, mengukur keberkesanan EPO dalam menangani keganasan terhadap mangsa keganasan rumah tangga sebagai orang yang dilindungi dan mengukur persepsi orang yang dilindungi terhadap EPO yang dikeluarkan kepada mereka. Kajian ini menggunakan reka bentuk campuran melalui teknik persampelan bertujuan. Bagi reka bentuk kualitatif, temu bual secara mendalam dan bersemuka telah dilakukan terhadap 11 orang informan utama dan melalui dua (2) Focus Group Discusion (FGD) secara bersemuka dan secara dalam talian berdasarkan protokol temu bual yang telah dibangunkan. Manakala, bagi reka bentuk kuantitatif pula, edaran borang soal selidik telah dilakukan terhadap 32 orang responden yang merupakan mangsa KRT yang pernah mendapat perkhidmatan EPO. Data-data yang diperolehi melalui temu bual dan FGD dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 14 secara verbatim. Manakala, data-data yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik pula dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25 dan diolah menggunakan analisis berbentuk deskriptif. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa tahap keyakinan mangsa KRT terhadap pelaksanaan EPO bagi beberapa pembolehubah seperti pengetahuan, emosi/psikologi, prosedur, kakitangan/pegawai, keselamatan dan kualiti hidup adalah pada tahap yang tinggi. Manakala, tahap keyakinan terhadap tempat perlindungan (tempat selamat/ tempat berlindung/ tempat kediaman/ kediaman bersama/ kediaman alternatif), dan tempoh masa pula berada pada tahap yang sederhana. Dari segi jurang pula, didapati terdapat jurang yang sangat besar antara aduan yang dilaporkan kepada PDRM. Begitu juga aduan yang kepada JKM. Terdapat jurang yang besar antara aduan yang dilaporkan dengan EPO yang dikeluarkan oleh JKM. Manakala, dari segi keberkesanan pula, didapati keberkesanan terhadap emosi/psikologi, prosedur, kakitangan/pegawai dan kualiti hidup berada pada tahap yang tinggi. Namun, keberkesanan terhadap tempat perlindungan (tempat selamat/ tempat berlindung/ tempat kediaman/ kediaman bersama/ kediaman alternatif), keselamatan dan tempoh masa pula berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, didapati responden mempunyai persepsi yang baik terhadap EPO yang dikeluarkan terhadap mereka melainkan dari segi tempoh masa yang diperuntukkan selama tujuh (7) hari. Oleh itu, dicadangkan sistem maklumat klien diselaraskan, meningkatkan sistem pengurusan selepas mangsa mendapat EPO, meningkatkan sistem pengurusan kes selepas perkhidmatan, pemerkasaan penilaian dan pemantauan kes secara berkesan, advokasi keganasan rumah tangga serta pemerkasaan dan pembangunan modal insan.

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 663
  • Semalam: 1,762
  • Mingguan: 11,022
  • Bulanan: 11,022
  • Tahunan: 291,845
1,277,952

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia