PENGGUNAAN 'SPIRITUALITY' DALAM 'EXPRESSIVE ARTS THERAPY' TERHADAP REMAJA DELINKUEN

Bidang Kajian : Kaunseling

Pelajar/Pengkaji Oleh: Dr. Sh. Marzety Adibah Al Sayed Mohamad

Alamat Emel: shakirahsakari@yahoo.com.my

Tarikh: 26/08/2014


Abstrak Kajian


Delinkuensi dalam kalangan remaja merupakan isu gejala sosial yang sedang berleluasa dalam masyarakat Malaysia. Situasi tersebut telah memberikan impak ke atas individu itu sendiri, keluarga dan juga kepada negara dari sudut jangka sederhana dan jangka panjang. malahan penglibatan para remaja dalam delinkuensi ini juga telah meningkatkan kos fiskal dan kos sosial yang telah memberi impak terhadap perkembangan ekonomi dalam sesebuah negara yang juga turut mengancam keadaan keluarga dan komuniti. Keterlibatan mereka dalam pelbagai kegiatan jenayah ini merupakan satu projeksi yang dilakukan oleh mereka hasil daripada beberapa gangguan emosi dan psikologi yang wujud dalam diri mereka. Mereka telah mengalami gangguan psikologi seperti tertekan, marah, benci, dendam, kerisauan dan kemurungan yang akhirnya mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif sebagai jalan singkat untuk mendapatkan kelegaan yang bersifat sementara.Oleh itu, kajian yang bertujuan untuk menilai keberkesanan integrasi penggunaan ‘spirituality’ dalam terapi seni ekspresif terhadap remaja-remaja ini merupakan satu alternatif yang diharapkan dapat memberi impak bagi mengatasi gangguan-gangguan emosi dan psikologi yang wujud dalam diri remaja-remaja tersebut. Kajian ini secara spesifiknya bertujuan untuk menilai keberkesanan integrasi penggunaan ‘spirituality’ dalam terapi seni ekspresif terhadap kerisauan, kemurungan, kemarahan dan tekanan yang dialami oleh remaja-remaja ini. Rekabentuk eksperimental faktorial praujian-posujian akan digunakan untuk melihat kesan penggunaan terapi seni ekspresif terhadap kerisauan (anxiety), kemurungan (depression), kemarahan(anger/hostility) dan tekanan (stress) dalam kumpulan rawatan dan kawalan. Kajian ini dijangkakan akan memberi impak yang tinggi terhadap keilmuan kaunseling sebagai satu intervensi yang boleh diguna pakai bagi merawat dan membendung gejala sosial yang menjadi wabak dalam masyarakat pada hari ini. Keberkesanan penggunaan terapi ini dijangkakan dapat membantu para kaunselor untuk berhadapan dengan remaja-remaja pada hari ini yang sering dikaitkan dengan isu kebejatan gejala sosial ini.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,199
  • Semalam: 1,507
  • Mingguan: 12,214
  • Bulanan: 42,517
  • Tahunan: 474,103
1,460,210

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia