Halangan dan cabaran utama di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mengakses sumber dan perkhidmatan kecemasan di Klinik Kesihatan

Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya

Pelajar/Pengkaji Oleh: Syaidatul Anis Binti Rosman

Alamat Emel: syaidatulanis64@gmail.com

Tarikh: 01/01/1970


Abstrak Kajian


Pengenalan Akta Orang Kurang Upaya 2008, yang diperkenalkan pada 7 Julai 2008, mencerminkan komitmen negara untuk mempromosikan inklusiviti dan meningkatkan kualiti hidup golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Akta ini bertujuan melindungi hak OKU dan memastikan akses yang sama kepada peluang dan perkhidmatan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk situasi kecemasan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama. Pertama, ia bertujuan untuk menentukan halangan dan cabaran yang dihadapi oleh OKU dalam mengakses perkhidmatan kecemasan di Klinik Kesihatan. Kajian literatur menunjukkan terdapat lapan faktor yang mungkin menjadi halangan. Kedua, kajian ini mengenal pasti halangan dan cabaran paling dominan yang dihadapi oleh OKU di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra dan Klinik Kesihatan Bangi. Borang soal selidik yang mengandungi faktor-faktor dari kajian pertama digunakan untuk mencapai objektif ini. Pada 15 April 2024, soal selidik ini diedarkan kepada 120 pelajar OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU (PLPP) Bangi melalui Google Form, yang diakses menggunakan kod QR dan aplikasi WhatsApp dengan bantuan tenaga pengajar. Kajian rintis melibatkan 30 pelajar OKU di PLPP Bangi menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.800. Objektif ketiga melibatkan analisis perbezaan halangan dan cabaran berdasarkan faktor demografi responden seperti jantina, umur, etnik, dan kategori kecacatan. Analisis ini membantu mengenal pasti kumpulan yang paling terkesan dan merancang langkah efektif untuk mengatasi halangan dalam mengakses perkhidmatan kecemasan di Klinik Kesihatan. Dengan memahami pandangan dan keperluan OKU, langkah-langkah dapat diambil untuk menyelaraskan dan meningkatkan penyediaan fasiliti serta keselamatan di Klinik Kesihatan secara menyeluruh.
The introduction of the Persons with Disabilities Act 2008, officially implemented on July 7, 2008, reflects the nation's commitment to promoting inclusivity and improving the quality of life for Persons with Disabilities (PWD). This Act aims to protect the rights of PWD and ensure equal access to opportunities and services in various aspects of life, including emergency situations. This study has three main objectives. Firstly, it aims to identify the barriers and challenges faced by PWD in accessing emergency services at Health Clinics. Literature review indicates there are eight potential factors that may serve as barriers. Secondly, the study aims to identify the most dominant barriers and challenges faced by PWD at Bandar Seri Putra Health Clinic and Bangi Health Clinic. A questionnaire incorporating factors from the first objective's findings is used to achieve this objective. On April 15, 2024, this questionnaire was distributed to 120 PWD students at the Industrial Training and Rehabilitation Centre for PWD (PLPP) Bangi via Google Forms, accessible through QR codes and WhatsApp with the support of the teaching staff. A pilot study involving 30 PWD students at PLPP Bangi showed a questionnaire reliability value of 0.800. The third objective involves an inferential analysis of the differences in barriers and challenges faced by PWD in accessing emergency services at Bandar Seri Putra Health Clinic and Bangi Health Clinic based on demographic factors such as gender, age, ethnicity, and type of disability. This analysis helps identify the most affected groups and plan effective measures to overcome the barriers in accessing emergency services at Health Clinics. By understanding the perspectives and needs of PWD, steps can be taken to align and enhance the provision of facilities and safety at Health Clinics comprehensively.

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,500
  • Semalam: 1,766
  • Mingguan: 13,013
  • Bulanan: 35,162
  • Tahunan: 415,989
1,402,096

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia