KEGANASAN RUMAH TANGGA TERHADAP ISTERI: KAJIAN KES DI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KLANG

Bidang Kajian : Keluarga

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurul Shafika Binti Mofaizal

Alamat Emel: ikashafikaaa17@gmail.com

Tarikh: 12/08/2025


Abstrak Kajian


ABSTRAK

Keganasan rumah tangga semakin meningkat dan telah berlaku dalam pelbagai bentuk keganasan. Perkara ini dibuktikan melalui statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berdasarkan statistik tersebut, Negeri Selangor merupakan negeri tertinggi dalam kes keganasan rumah langa berbanding negeri-negeri yang lain. Justeru itu, kajian ini bertujuan untak mengenalpasti faktor dan bentuk keganasan rumah tangga yang berlaku di Daerah Klang. Kajian ini menggunakan metod kajian kualitatif iaitu analisis dokumen dan kaedah termubual daripada pegawai yangmengendalikan kes keganasan rumah tangga di Daerah Klang. Berdasarkan daripada kes yang didaftarkan dari tahun 2018 sehingga tahun 2022 di Daerah Klang, terdapat sembilan faktor keganasan rumah tangga yang berlaku kepada mangsa iaitu faktor suami panas baran, suami di bawah pengaruh dadah, suami mengambil alkohol, suami cemburu, perselisihan faham antara suami dan isteri, suami mengalami tekanan, suami tidak bertanggungjawab, suami tidak bekerja dan suami ketagihan seksual. Justeru itu, terdapat lima bentuk keganasan rumah tangga yang berlaku seperti penderaan fizikal, penderaan mental, penderaan kewangan, penderaan seksual dan penderaan sosial namun hanya satu bentuk keganasan rumah tangga yang menjadi sebab kepada mangsa untuk melaporkan kes ini kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang iaitu penderaan fizikal. Kajian ini memberi implikasi bahawa penambahbaikan perlaksanaan perundangan sedia ada perlu dibaca semula dan memperluaskan pentakrifan jenayah keganasan rumah tangga, penambahan peranan pihak berkuasa dalam mendidikmenyedarkan masyarakat tentang peruntukan berkenaan keganasan rumah tangga terutama kepada kaum wanita.
 

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926 / 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,309
  • Semalam: 3,518
  • Mingguan: 24,108
  • Bulanan: 17,859
  • Tahunan: 120,648
2,474,048

Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia