IMPAK KELUARGA DISFUNGSI TERHADAP PERKEMBANGAN EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK DI INSTITUSI PEMULIHAN

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Natalie Stephanie A/p Tanuk

Alamat Emel: lvatalie7@gmail.com

Tarikh: 05/03/2026


Abstrak Kajian


ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka impak keluarga disfungsional terhadap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak di Malaysia. Keluarga disfungsional dalam konteks ini merujuk kepada persekitaran rumah tangga yang dicirikan oleh konflik, pengabaian, penderaan, dan ketidakstabilan emosi ibu bapa. Selari dengan peningkatan masalah keluarga di Malaysia, kajian ini memfokuskan kepada bagaimana dinamika keluarga yang negatif mempengaruhi kesejahteraan mental dan keupayaan sosial kanak-kanak. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes terhadap tujuh orang penghuni Asrama Akhlak Perempuan Jitra yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur bagi mendapatkan naratif mendalam tentang pengalaman hidup informan, dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketidakstabilan struktur keluarga (perceraian/kematian) dan konflik konteks rumah tangga membawa kepada manifestasi emosi negatif seperti ketakutan, kemarahan, dan mekanisme pertahanan diri. Selain itu, kajian mendapati kesan jangka panjang melibatkan tingkah laku agresif dan krisis kepercayaan sosial. Walau bagaimanapun, kehadiran sistem sokongan daripada institusi dan rakan sebaya didapati mampu membina resiliensi dalam diri kanak-kanak tersebut. Implikasi kajian ini menekankan keperluan terhadap sistem sokongan keluarga yang lebih kukuh bagi menjamin kesejahteraan masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Kata kunci: keluarga disfungsional, perkembangan emosi, hubungan sosial, kanak- kanak, institusi pemulihan

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926 / 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 765
  • Semalam: 3,402
  • Mingguan: 23,990
  • Bulanan: 92,098
  • Tahunan: 288,767
2,642,167

Hakcipta Terpelihara © 2026 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia