PEMBENTUKAN AKHLAK DIKALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH TUNAS BAKTI, TAIPING PERAK

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nor Ruzanna Binti Razman

Alamat Emel: angah_umairah86@yahoo.com

Tarikh: 24/04/2013


Abstrak Kajian


Dewasa ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Kajian dilakukan di Sekolah Tunas Bakti, Taiping, Perak. Kebanyakan mereka bukan sahaja terlibat dalam masalah disiplin tetapi juga beberapa masalah sosial yang membimbangkan. Ada yang terlibat dengan jenayah juvana seperti membunuh, merogol dan peras ugut. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah sosial seperti kurang kasih sayang ibu bapa dan penjagaan, pengaruh negatif rakan sebaya, kekurangan pendidikan agama dan lain-lain. Objektif kajian adalah untuk melihat keberkesanan program yang dilakukan bagi membentuk akhlak mulia remaja. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual dan analisis kandungan). Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti. Persampelan kajian melibatkan 120 orang respomden daripada kalangan remaja islam yang berumur 15 tahun hingga 18 tahun ke atas. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 17.0 berdasarkan Skala Likert untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian secara keseluruhannya melihat keberkesanan program kerohanian di Sekolah Tunas Bakti, Taiping Perak
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 90
  • Semalam: 1,544
  • Mingguan: 11,686
  • Bulanan: 35,182
  • Tahunan: 466,768
1,452,875

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia