Bidang Kajian : Pengurusan & Sumber Manusia
Pelajar/Pengkaji Oleh: Noremy Bt Md Akhir
Alamat Emel: noremy82@gmail.com
Tarikh: 21/03/2015
Abstrak Kajian
Banjir adalah sesuatu keadaan yang amat menekankan kerana ia dianggap sebagai situasi krisis. Kesan psikologi akibat bencana banjir akan mengundang kepada berlakunya tekanan dan ketegangan emosi kepada mangsa. Keadaan ini akan mengakibatkan seseorang itu bukan sahaja mengalami kemerosotan dari segi keupayaan fizikal malah tidak berdaya dari segi kekuatan emosi dan mental. Oleh yang demikian, kajian ini akan menganalisis penerapan daya tahan (resilience) sebagai intervensi psikososial dalam menangani isu masalah psikologi dan sosio-emosi yang wujud akibat bencana banjir yang berlaku.