Pengaruh Faktor-Faktor Penilaian Kendiri, Sokongan Sosial dan Kesediaan Berubah Terhadap Pengintegrasian Sosial dalam Komuniti bagi Pesalah Muda yang Sedang Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat

Bidang Kajian : Komuniti

Pelajar/Pengkaji Oleh: Tharshini Sivabalan

Alamat Emel: tharshini.nk@gmail.com

Tarikh: 25/06/2018


Abstrak Kajian


Satu kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjaun keratan-lintang dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh faktor konsep kendiri komuniti dan sokonngan sosial terhadap pengintegrasian sosial bagi pesaah muda di Malaysia. Seramai 306 pesalah muda yang sedang menjalani hukuman perintah khidmat masyarakat di bawah pantauan JKM dipilih sebagi responden kajian. data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu menggunkana ujian korelasi Pearson, regresi pelbagai dan Process for SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada responden yang terllibat dalam kajian ini terdiri daripada pesalah muda lelaki yang berusia 20 tahun, bujang, berpendidikan pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, tidak beerja dan tinggal bersama ibu bapa mereka. berdasarkan pengalaman keterlibatan dengan jenayah pula, hasil kajian menunjukkan bahawa sebilanngan besar daripada pesalah muda terlibat dengan kesalah mencuri (26.1%), tidak membawa senjata semasa melakukan jenayah (50%) serta terlibat dengan kesalahan jenayah disebabkan olehterpengarauh dengan ajakan rkan sebaya (40%). Keputusan kajian mendapati bahawa tahap konsep kendiri (72.9%), kesedaran komunti (55.2%), sokongan sosial (77.5%) dan pengintegrasian sosial (67.3%) bagi pesalah muda berada pada aras sederhana. Hasil analisis korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pembolehubah-pembolehubah berikut iaitu: konsep kendiri (r=.699, k<0.01), kesedaran komuniti (r=606, k<0.01) dan pengintegarasian sosial (r=.751, k<0.01) serta konsep kendiri dan kesedaran komuniti (r=.593, k<0.01). Seterusnya, keputusan analisis regresi pelbagai mendapati bahawa faktor konsep kendiri (B=.524, k<0.01) merupakan penyumbang signifikan terhadap sokongan sosial manakala faktor sokongan sosial (B=.440,<0.01) merupakan peyumbang signifikan terhadap pengintegrasian sosial. Hasil analisis turut menunjukkan bahawa terdapat pengaruh tidak langsung konsep kendiri (c' = 0.312, k=0.00) dan kesedaran komuniti (c' = 0.247, k=0.00) yang signifikan terhadap pengintegrasian sosial melalui sokongan sosial sebagai pengantara. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan pihak yang berkepentingan dalam merangka dan menambahbaik modul dan program pemulihan yang lebih berkesan agar pesaah muda dapat berjaya dalam proses pengintegrasian sosial.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 408
  • Semalam: 1,462
  • Mingguan: 11,973
  • Bulanan: 24,203
  • Tahunan: 54,028
1,040,135

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia