UNDERSTANDING PREMARITAL PREGNANCY EXPERIENCES OF YOUNG MOTHERS IN WOMEN SHELTERS: DEVELOPING A MODEL FOR INTERVENTION

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Azlin Hilma Hillaluddin

Alamat Emel: hilma@uum.edu.my

Tarikh: 10/10/2013


Abstrak Kajian


Kehamilan luar nikah adalah fenomena yang mempunyai stigma didalam masyarakat Malaysia. Namun begitu, stigma sahaja tidak Berjaya membendung remaja dan dewasa muda daripada melakukan hubungan seks luar nikah. Natijahnya, kehamilan yang tidak diingini boleh menyumbang kepada tindakan membuang bayi, atau masalah kesihatan dan kesihatan mental seperti kemurungan dan trauma. Kajian-kajian lepas telah mendapati kehamilan remaja mempunyai kaitan dengan kemudaratan kesihatan, penyalahgunaan bahan, gangguan kepada pendidikan dan membebankan kewangan kerajaan. Walaubagaimanapun, terdapat wanita dan remaja yang meneruskan kehamilan walaupun berdepan dengan trauma dan stigma hamil luar nikah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengalaman remaja dan wanita muda yang belum berkahwin dan hamil yang berlindung di rumah-rumah perlindungan. Sejumlah 101 responden dari lima buah rumah perlindungan telah menjawab soal selidik di dalam kajian ini. Lapan belas responden pula telah dipilih untuk ditemubual secara bersemuka di dalam kajian kualitatif. Dapatan kajian mendapati majoriti responden mula melakukan hubungan seks semasa peringkat usia sekolah menengah. Majoriti juga mempunyai jaringan sosial (iaitu keluarga dan rakan-rakan) yang melakukan seks dan hamil luar nikah. Didalam temubual pula, tiada responden yang melaporkan mereka pernah berbincang dengan ibu bapa mereka mengenai isu seksual atau kehamilan. Sumber-sumber maklumat seksual lebih menjurus kepada rakan-rakan dan sekolah. Responden juga melaporkan kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan spiritual (SQ), tekanan rakan sebaya dan populariti pada tahap sederhana. EQ didapati mempunyai hubungan yang negatif dengan tekanan rakan sebaya. Umur sewaktu melakukan seks kali pertama mempunyai hubungan negatif dengan tekanan rakan sebaya, populariti dan SQ. Cadangan intervensi untuk isu ini melibatkan enam aspek iaitu sokongan keluarga, keperluan spiritual, keperluan psikososial, keperluan penjagaan kesihatan, pelan untuk diri dan pelan untuk bayi. Perhatian khusus semasa penilaian awal juga perlu ditumpukan terhadap kehamilan (iaitu seks secara sukarela atau rogol / sumbang mahram)
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,388
  • Semalam: 1,638
  • Mingguan: 12,888
  • Bulanan: 16,178
  • Tahunan: 73,020
1,059,127

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia