Aspek Pencegahan Awal dalam Kes -Kes Penderaan dan Pengabaian Warga Tua di Malaysia

Bidang Kajian : Warga Emas

Pelajar/Pengkaji Oleh: Jeya Mhiruna Thiruchelvam

Alamat Emel: mhiruna@gmail.com

Tarikh: 05/10/2022


Abstrak Kajian


Penderaan warga tua bukanlah satu isu yang baru di peringkat antarabangsa kerana ia
telah menerima perhatian yang semakin meningkat sepanjang dekad yang lalu sebagai
satu masalah umum dengan kesan-kesan yang serius terhadap kesihatan dan
kesejahteraan warga tua. Namun begitu, ini adalah masalah yang semakin meningkat
dalam kalangan Masyarakat yang pesat penuaannya. Penderaan warga tua adalah satu
jenayah yang terlalu kurang dilaporkan di Malaysia kerana ia dilihat sebagai “hal
keluarga” yang paling baik diuruskan dalam keluarga. Oleh itu, penderaan warga tua
adalah sebuah subjek yang ramai tidak ingin untuk bercakap tentangnya, membawa
kepada ketidakwujudan warga tua yang didera. Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini
bertujuan untuk mencabar tanggapan sebegini tentang penderaan warga tua di negara
ini.

Walaupun betapa seriusnya isu ini di Malaysia, tidak banyak yang telah ditulis tentang
pencegahan dan intervensi awal penderaan warga tua. Oleh itu, kertas kerja ini adalah

untuk mendedahkan hakikat penderaan warga tua, diikuti dengan satu analisis faktor-
faktor risiko penderaan warga tua dan teori-teori pencegahan jenayah secara umum. Ia

juga mengkaji bagaimana penderaan warga tua sedang ditangani dengan menyelidik
secara terperinci undang-undang dan polisi-polisi yang sedia ada di Malaysia.

Akhir sekali, kertas kerja ini akan memberi cadangan untuk pencegahan awal penderaan
warga tua di Malaysia kerana perubahan perlu berlaku untuk melindungi warga tua
daripada didera.

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 853
  • Semalam: 1,490
  • Mingguan: 12,087
  • Bulanan: 18,681
  • Tahunan: 75,523
1,061,630

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia