KAJIAN KE ATAS EMOSI DAN PERSEPSI TERHADAP MASA HADAPAN DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA DI SEKOLAH TUNAS BAKTI SUNGAI LEREH, MELAKA

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nur Afiqah Binti Ruslan

Alamat Emel: erin_zamdy@yahoo.com

Tarikh: 30/09/2013


Abstrak Kajian


Sekolah pemulihan akhlak di Malaysia berfungsi sebagai pusat tahanan serta pusat pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal. Namun, sepanjang berada dalam tahanan, emosi kanak-kanak tersebut perlu diambil kira agar intervensi pemulihan yang dijalankan member kesan yang positif. Kajian keratan rentas ini dijalankan untuk mengkaji tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih perempuan di Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka dan menentukan perbezaan antara ketiga-tiga domain berdasarkan ciri-ciri sosiodemografik. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan selesa melibatkan 114 orang pelatih. Respoden diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian; Bahagian A mengandungi maklumat sosiodemografik, Bahagian B mengandungi soalan Depression, Anxiety and Stress Scale 21 – Items (DASS-21) versi Bahasa Malaysia. Analisis data dilakukan menggunakan perisian komputer SPSS versi 19. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan tahap kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih, manakala ujian Kruskal-Wallis dan ujian Mann-Whitney U telah digunakan bagi menentukan perbezaan antara kemurungan, kerisauan dan tekanan berdasarkan ciri sosiodemografik. Hasil kajian mendapati terdapat lebih daripada separuh pelatih mengalami simptom kemurungan, keriasuan serta tekanan yang bertahap sederhana, teruk dan sangat teruk. Secara keseluruhannya, tiada nilai perbezaan yang bererti bagi kesemua ciri sosiodemografik yang dikaji kecuali perbezaan kemurungan, kerisauan dan tekanan berdasarkan kawasan tempat tinggal (p=0.038, 0.027, 0.009) dan perbezaan tekanan berdasarkan pengalaman mengandung (p=0.052) dan menggugurkan kandungan (p=0.033). kajian ini menunjukkan perkembangan simptom kemurungan, kerisauan dan tekanan dalam kalangan pelatih yang boleh membawa kepada gangguan mental yang lebih serius jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Penilaian lebih lanjut perlu dijalankan untuk merangka intervensi yang bersesuaian dengan mengambil kira faktor tempat tinggal dan pengalaman mengandung atau menggugurkan kandungan dalam kalangan pelatih.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,116
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 12,423
  • Bulanan: 4,406
  • Tahunan: 61,248
1,047,355

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia