Hubungan Kefahaman Berkaitan Demensia dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Penjaga Formal Dengan Penjagaan Berkualiti Terhadap Warga Tua di Rumah Seri Kenangan

Bidang Kajian : Warga Emas

Pelajar/Pengkaji Oleh: Faiza Noor Binti Mohd Nandari

Alamat Emel: faizahin@gmail.com

Tarikh: 08/05/2019


Abstrak Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan kefahaman berkaitan demensia dan kepuasan kerja dalam kalangan penjaga formal dengan penjagaan berkualiti terhadap warga tua di Rumah Seri Kenangan (RSK) di Semenanjung Malaysia. Sebanyak empat buah RSK telah dipilih bagi mewakili setiap zon di mana semua kakitangan di RSK berkenaan terlibat sebagai responden kajian. Seramai 242 responden telah memberikan maklumbalas terhadap borang soal selidik yang diedarkan. Instrumen yang digunakan adalah bagi mengukur tahap kefahaman penjaga formal di RSK berkaitan demensia, tahap kepuasan kerja seterusnya melihat hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut terhadap kualiti penjagaan di RSK. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan majoriti penjaga formal di RSK mempunyai tahap kefahaman yang tinggi berkaitan demensia. Dari segi tahap kepuasan kerja penjaga formal di RSK juga berada pada tahap tinggi. Di samping itu, kajian ini telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman berkaitan demensia dan kepuasan kerja dengan kualiti penjagaan di RSK. Kajian ini juga telah menunjukkan terdapat perbezaan dari segi jantina dan jenis jawatan penjaga formal terhadap kefahaman berkaitan demensia dan kepuasan kerja. Beberapa cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan penjagaan di RSK seperti melaksanakan latihan yang khusus berkaitan demensia kepada penjaga formal di RSK, mengkaji semula kadar gaji penjaga formal di RSK dan mengadakan kempen kesedaran berkaitan demensia secara menyeluruh di peringkat nasional sebagai persediaan negara menghadapi negara tua menjelang tahun 2030 turut dibincangkan.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 777
  • Semalam: 1,799
  • Mingguan: 11,885
  • Bulanan: 25,037
  • Tahunan: 81,879
1,067,986

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia