PENDEKATAN PSIKOLOGI DALAM TARBIAH: SATU KAJIAN DI RUMAH KANAK-KANAK SULTAN ABDUL AZIZ, KUALA KANGSAR

Bidang Kajian : Kaunseling

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurul Syuhada Binti Mohd Sofi

Alamat Emel: syufie9495@yahoo.com

Tarikh: 26/06/2018


Abstrak Kajian


Kajian ini adalah bertajuk Pendekatan Psikologi Dalam Tarbiah Terhadap Kanak-Kanak:Satu Kajian Di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana Pendekatan Psikologi Dalam Tarbiah yang terdapat di RKK. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui berkaitan rumah kanak-kanak dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui pendekatan psikologi yang digunakan kepada kanak-kanak di RKK Sultan Abd Aziz, Kuala Kangsar. Disamping itu,ia bertujuan untuk melihat sejauh mana pendekatan psikologi dalam tarbiah yang terdapat di RKK. Secara umumnya, kajian ini merupakan gabungan antara kualitatif dan kuantitatif. Metadologi yang digunakan adalah kajian perpustakaan dengan melihat buku-buku serta maklumat berkaitan dengan psikologi dalam tarbiah. Pemerhatian juga dilakukan ke atas kanak-kanak di RKK dan secara tidak langsung mendapat maklumat berkaitan melalui pengurusan di RKK. Hasil kajian, dapatan menunjukkan bahawa secara keseuluruhannya, kanak-kanak di RKK mendapat tarbiah yang sewajarnya selari dengan pendekatan psikologi. Hal ini sangat membantu kanak-kanak dalam mendepani kehidupan yang harmoni dan sejahtera
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,543
  • Semalam: 1,541
  • Mingguan: 12,680
  • Bulanan: 24,004
  • Tahunan: 80,846
1,066,953

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia