KEBERKESANAN LATIHAN VOKASIONAL DI KALANGAN PELATIH OKU YANG DIJALANKAN DI PLPP, BANGI

Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya

Pelajar/Pengkaji Oleh: Liyana Binti Suhari

Alamat Emel: liya1507@gmail.com

Tarikh: 20/05/2014


Abstrak Kajian


Latihan vokasional dijalankan bagi membantu golongan OKU untuk berdikari dan percaya kepada kebolehan diri. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan ini untuk memajukan diri dan mempunyai harapan untuk mendapat peluang pekerjaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan latihan vokasional di kalangan pelatih orang kurang upaya (OKU) di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP). Dalam kajian ini, keberkesanan latihan vokasional ini dilihat dari aspek sikap, kemahiran dan prasarana. Seramai 11 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar menjawab set soal selidik, manakala 3 orang responden sebagai responden untuk di temubual. Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah campuran atau ‘mix method’. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temubual. Bagi dapatan soal selidik data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS versi 16.0. manakala dapatan temubual di analisis secara manual melibatkan pengekodan. Bagi mengenalpasti keberkesanan latihan vokasional di PLPP dilihat dari aspek sikap, kemahiran dan prasarana. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek sikap bagi pelatih OKU, aspek kemahiran yang ditawarkan dan juga aspek prasarana yang disediakan berada pada tahap tinggi. Oleh itu secara keseluruhannya, latihan vokasional ini adalah berkesan dalam usaha membantu golongan OKU untuk mendapatkan kemahiran bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,123
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 12,430
  • Bulanan: 4,413
  • Tahunan: 61,255
1,047,362

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia