KAJIAN MENGENAI TAHAP KEPUASAN KERJA, TEKANAN KERJA DAN STRATEGI DAYA TINDAK DALAM KALANGAN KAKITANGAN DI RUMAH SERI KENANGAN

Bidang Kajian : Pengurusan & Sumber Manusia

Pelajar/Pengkaji Oleh: Zulkifli Bin Jusoh

Alamat Emel: pellyrock@gmail.com

Tarikh: 31/10/2013


Abstrak Kajian


Kajian ini bertujuan mengetahui tahap tekanan kerja dan strategi daya tindak dalam kalangan pekerja di Rumah Seri Kenangan, Cheras. Disamping itu ia bertujuan juga untuk melihat hubungan antara tahap tekanan kerja dan strategi daya tindak, perbezaan tahap tekanan kerja dan stategi daya tindak diantara jantina dalam kalangan pekerja di Rumah Seri Kenangan. Kajian ini melibatkan 70 orang responden. Alat ukuran yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) untuk mengukur tahap tekanan dan strategi daya tindak. Keputusan kajian menunjukkan perbezaan tahap tekanan kerja dan strategi daya tindak antara jantina di mana pekerja wanita lebih tinggi tekanan berbanding pekerja lelaki. Manakala pekerja lelaki lebih tinggi tahap penggunaan stategi daya tindak berbanding pekerja wanita. Oleh itu, kebanyakan pekerja di Rumah Seri Kenangan, Cheras mengalami tekanan kerja disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor instrinsik kepada pekerjaan, peranan pengurus, hubungan interpersonal, struktur dan iklim organisasi, kerjaya dan pencapaian serta halangan kerja dan rumah dalam memenuhi keperluan penjagaan warga tua. Tekanan kerja akan member kesan terhadap kualaiti penjagaan warga tua dan kualiti hidup pekerja itu sendiri. Oleh hal demikian pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memandang serius isu ini seterusnya mengkaji semula pengagihan tugas dan beban tanggungjawab pekerja supaya dapat mengurangkan tekanan sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,620
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 12,927
  • Bulanan: 4,910
  • Tahunan: 61,752
1,047,859

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia