PENGLIBATAN ORANG KURANG UPAYA FIZIKAL (OKU) DALAM PEKERJAAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya

Pelajar/Pengkaji Oleh: Siti Khadijah Bt Omar

Alamat Emel: gb120002@siswa.uthm.edu.my

Tarikh: 06/05/2014


Abstrak Kajian


Orang kurang upaya (OKU) fizikal ialah individu yang mengalami kecacatan anggota badan sama ada sejak dilahirkan, disebabkan oleh penyakit atau ditimpa kemalangan. Kecacatan ini memberi pengaruh terhadap penglibatan mereka dalam bidang pekerjaan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini adalah untuk: (i) mengenalpasti faktor dominan yang mendorong penglibatan OKU fizikal dalam pekerjaan kemahiran teknikal dan vokasional; (ii) mengenalpasti faktor dalaman paling dominan yang menghalang penglibatan OKU fizikal dalam pekerjaan kemahiran teknikal dan vokasional; (iii) mengenalpasti faktor luaran paling dominan yang menghalang OKU fizikal dalam pekerjaan kemahiran teknikal dan vokasional; dan (iv) mengenalpasti perbezaan persepsi antara jantina terhadap penglibatan OKU fizikal dalam pekerjaan kemahiran teknikal dan vokasional. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan soal selidik berskala Likert sebagai instrumen. Sampel kajian ialah pelatih OKU fizikaldi Pusat Latihan Perindusrian dan Pemulihan bangi iaitu seramai 67 orang responden. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan perisian Winsteps 3.69.1.11 dengan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan gaji merupakan faktor dominan yang mendorong penglibatan OKU fizikal dalam pekerjaan. Pengalaman kerja pula merupakan faktor dalaman paling dominan yang menghalang penglibatan golongan ini dalam pekerjaan, manakala majikan merupakan faktor luaran paling dominan yang menghalang pemglibatan mereka. Analisis mendapati tidak ada perbezaan persepsi yang signifikasi antara jantina terhadap penglibatan mereka dalam pekerjaan kemahiran teknikal dan vokasional. Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu OKU menjadi lebih positif untuk merebut peluang pekerjaan dan mengubah persepsi majikan supaya lebih terbuka untuk menerima mereka sebagai pekerja.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,286
  • Semalam: 1,522
  • Mingguan: 12,313
  • Bulanan: 15,886
  • Tahunan: 447,472
1,433,579

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia