BEBAN TUGAS MENJEJASKAN KUALITI PRESTASI KERJA DI KALANGAN KAKITANGAN DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH

Bidang Kajian : Pengurusan & Sumber Manusia

Pelajar/Pengkaji Oleh: Sharifah Norliza Bt Syed Ishak

Alamat Emel: sh_norliza72@yahoo.com

Tarikh: 24/02/2015


Abstrak Kajian


Kejayaan sesebuah organisasi dalam mempertingkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan awam adalah sangat penting pada era kini. Kejayaannya bergantung kepada pekerja yang bekerja dalam organisasi tersebut. Kerajaan juga sentiasa menekankan akan kepentingan mutu perkhidmatan awam agar negara kita dapat bersaing dengan negera-negara lain dalam meningkatkan pengeluaran dan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Dalam tempoh tiga dekad yang lalu, negara kita telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan pembangunan yang berlaku di luar negara. Justeru, perkhidmatan awam negara termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak terkecuali daripada arus perubahan dan perkembangan yang pesat. Dalam menghadapi cabaran-cabaran baru yang timbul akibat perubahan tersebut, dasar-dasar awam sentiasa dikaji dan dikemaskinikan bagi memastikan keberkesanannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Pelbagai faktor yang mempengaruhi mutu perkhidmatan awam dan salah satunya yang dikenalpasti adalah faktor produktiviti pekerja itu sendiri. Ini kerana, produktiviti kerja tidak dapat dipisahkan dengan produktiviti. Apabila seseorang pekerja bermasalah dan mengalami tekanan dalam melakukan tugas seharian, maka hal ini akan memberi impak besar kepada hasil kerjanya. Oleh itu, organisasi terpaksa menanggung mutu atau produktiviti yang semakin menurun apabila kakitangan tidak menghasilkan tahap produktiviti yang baik dalam pekerjaannya. Kebelakangan ini, hampir setiap orang bercakap mengenai tekanan atau stress. Kita bukan hanya dapat mendengarnya melalui perbualan harian tetapi juga dapat mendengar dan mengetahuinya melalui televisyen, radio, surat khabar, dalam persidangan-persidangan, di dalam institusi-institusi dan dalam kursus-kursus di universiti yang menjurus ke arah topik tekanan. Pernyataan ini disokong oleh ramai para sarjana yang menyatakan tekanan adalah merupakan satu realiti yang tidak dapat dielak dalam kebanyakan persekitaran pekerjaan. Tekanan sudah dianggap sebahagian daripada perkara yang harus ditempuhi di dalam kehidupan dan ada yang mengatakan tekanan adalah ‘rempah ratus’ kehidupan pada masa kini. Tekanan kerja telah menjadi satu perkara atau bidang keutamaan yang bukan sahaja diperkatakan dalam sektor akademik tetapi juga dalam sektor industri dan juga sektor kerajaan. Tekanan kerja semakin menjadi perhatian kepada majikan-majikan dan kerajaan sejak lebih daripada 20 tahun. Dewasa ini, tekanan telah menjadi satu agenda yang utama kerana ianya berpotensi memberikan kos kepada individu dan juga organisasi dalam melaksanakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan tekanan di tempat kerja dan tekanan juga berisiko untuk mendatangkan pelbagai kerosakan. Tekanan berkaitan kerja pada masa kini adalah cabaran terbesar terhadap aspek kesihatan orang-orang yang bekerja dan aspek kesejahteraan bekerja di dalam sesebuah organisasi. Adalah dilaporkan bahawa kos yang berkaitan dengan tekanan sangat besar di mana kos-kos ini termasuklah ketidakhadiran bertugas, kemalangan, perbelanjaan kesihatan dan penurunan dalam produktiviti. Selaras dengan implikasi tersebut, kajian ini cuba untuk mengenalpasti sebab berlakunya tekanan kerja di tempat kerja yang banyak mempengaruhi produktiviti kerja terutama dalam perkhidmatan awam.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 426
  • Semalam: 1,817
  • Mingguan: 11,827
  • Bulanan: 5,533
  • Tahunan: 62,375
1,048,482

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia