RUMAH KANAK-KANAK SULTAN ABDUL AZIZ DI KUALA KANGSAR, PERAK (1963-2010)

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nur Aliff Najmi Bin Nizar

Alamat Emel: d089105@siswa.upsi.edu.my

Tarikh: 03/07/2023


Abstrak Kajian


Kajian yang dilakukan ini berfokuskan kepada tiga objektif utama iaitu latar belakang, penjaga, penghuni dan isu cabaran yang berlaku di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz (RKKSAA). Pada permulaan penulisan latihan ilmiah ini, pengkaji akan mengulas mengenai kedudukan negeri Perak dan latar belakang Kuala Kangsar. Selain itu, pengkaji akan mengulas mengenai latar belakang kebajikan di negara Malaysia yang merangkumi dasar sosial negara dan sejarah penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pengkaji turut menerangkan tentang latar belakang RKKSAA iaitu sejarah penubuhan, penjaga dan penghuni. Seterusnya, pengkaji membincangkan berkaitan kanak-kanak yang menghuni institusi ini. Pengkaji menceritakan berkaitan tugas penjaga RKKSAA yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala aktiviti harian penghuni di rumah tersebut. Selain itu, pengkaji juga akan membincangkan mengenai kehidupan penghuni di RKKSAA dari segi pelbagai kriteria seperti aktiviti harian, kemudahan penghuni, pendidikan dan persekolahan, bimbingan dan kaunseling dan aktiviti tambahan. Pengkaji juga menghuraikan dapatan soal selidik. Kajian ini juga menjurus kepada perbincangan tentang isu dan cabaran yang berlaku di RKKSAA. Perbincangan mernagkumi menganalisis isu dan cabaran itu seperti faktor yang menyebabkan berlaku dan jumlah kes yang berlaku terdiri daripada kanak-kanak, penjaga dan kemudahan infrastruktur. Pengkaji akan membincangkan tentang kesan isu dan cabaran terhadap penghuni dan penjaga di RKKSAA. Pengkaji juga akan menghuraikan tentang sumbangan dan pencapaian Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Perak. Oleh yang demikian, dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah penulisan yang terdiri daripada kajian ke perpustakaan, temu bual dan penganalisaan terhadap isu dan cabaran yang berlaku di Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Perak. 

  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,579
  • Semalam: 1,653
  • Mingguan: 12,947
  • Bulanan: 1,579
  • Tahunan: 58,421
1,044,528

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia