Gejala Pengemisan oleh Kanak-kanak di Malaysia: Adakah undang-undang sedia ada mencukupi?

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Fatin Nadhirah Binti Othman Hasbi

Alamat Emel: nadhirahothman@hotmail.com

Tarikh: 10/11/2014


Abstrak Kajian


Pengemisan bukanlah satu perkara yang asing dalam mana-mana masyarakat di seluruh dunia. Status ekonomi dikatakan menjadi penyumbang utama kepada bilangan pengemis yang kian bertambah dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut. Namun, apa yang membimbangkan adalah kehadiran pengemis dari golongan kanak-kanak memandangkan kanak-kanak merupakan permata dan pencorak masa hadapan sesebuah negara. Penglibatan golongan kanak-kanak dalam aktiviti pengemisan amat merisaukan kerana besar kemungkinan mereka tidak dapat keluar dari kelompok tersebut seterusnya menjejaskan kehidupan dewasa mereka kelak. Akta Kanak-Kanak 2001 sememangnya melindungi kanak-kanak dari terlibat serta dipergunakan mana-mana pihak untuk tujuan pengemisan. Namun, peningkatan jumlah pengemis kanak-kanak saban hari masih menjadi tanda tanya sama ada undang-undang yang sedia ada ini memenuhi kehendak semasa.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 344
  • Semalam: 1,487
  • Mingguan: 11,622
  • Bulanan: 6,938
  • Tahunan: 63,780
1,049,887

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia