Kajian kes mengenai masalah delinkuensi dalam kalangan remaja : Sekolah Tunas Bakti

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Nurul Syamimi Binti Muhamad Nor

Alamat Emel: princess_violet09@yahoo.com

Tarikh: 08/07/2014


Abstrak Kajian


Kajian ini bertujuan untuk melihat “ Faktor-faktor Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja Di Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak”. Tajuk kajian ini dijalankan oleh pengkaji memandangkan kepada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meruncing dan membimbangkan terutamanya dalam kes penyalahgunaan dadah. Maka, pengkaji telah mengenalpasti faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dengan masalah dadah. Malah, pengkaji memperoleh maklumat berkaitan kegiatan dan pengalaman remaja semasa mereka terlibat dengan najis dadah ini. Melalui kajian ini juga pengkaji dapat mengetahui kesan yang dihadapi oleh remaja akibat daripada pengambilan dadah. Oleh itu, seramai 40 orang pelatih dari Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak telah dipilih sebagai responden di dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik bagi mengukur jawapan yang diberikan oleh responden. Kaedah seperti ini dirasakan amat mudah bagi pengkaji untuk menganalisis data yang diperolehi. Setiap data yang dianalisis menggunakan perisian ‘Statiscal Package for Social Science’ (SPSS) dan Microsoft Excell 2007. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor utama remaja terjebak dengan kancah penagihan dadah. Melalui kajian ini pengkaji dapat mengetahui pengalaman dan kesan yang dihadapi oleh diri remaja sendiri semasa penglibatan mereka dalam najis dadah.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 607
  • Semalam: 1,487
  • Mingguan: 11,885
  • Bulanan: 7,201
  • Tahunan: 64,043
1,050,150

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia