METODOLOGI DAKWAH KEPADA REMAJA WANITA TERLANJUR: SATU KAJIAN DIPUSAT PEMULIHAN AKHLAK TAMAN SERI PUTERI CHERAS (JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT)

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Hurulain Khairul Anuar

Alamat Emel: lovemango31@gmail.com

Tarikh: 25/06/2015


Abstrak Kajian


Pada hari ini, masyarakat yang sedang mengalami perubahan tidak dapat lari dari masalah sosial. Arah Malaysia kepada Negara maju dalam menuju wawasan 2020 akan mendedahkan Malaysia kepada pelbagai bentuk pembaharuan dan perubahan yang menyebabkan masalah sosialnya semakin runcing. Saban hari media massa melaporkan berita mengenai keruntuhan akhlak, maksiat, kerosakan moral, kekecewaan dan kegelisahan yang dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Mereka terlibat dalam pelbagai kes seperti penyalahgunaan dadah, merokok ,pembuangan bayi, pergaulan bebas, mencuri dan sebagainya. Masalah ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja lelaki dan perempuan malah ia telah menular kepada golongan dewasa dan kanak-kanak. Perkara ini perlu dibanteras dan dibendung sebelum menjadi lebih serius dan tidak terkawal. Masalah ini juga menjadi salah satu isu besar bagi negara dan tersenarai dalam agenda utama negara yang perlu diambil tindakan segera. Dakwah merupakan satu seruan untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT, iaitu melakukan kebaikan menjauhi kemungkaran dan beriman kepada Allah dan RasulNya. pendakwah mestilah mengetahui cara ,teknik atau metode (uslub ) untuk berdakwah, tanpanya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan menolak dan menerimanya secara negatif. Adalah tidak bijaksana jika mesej,pendekatan atau cara penyampaian yang digunakan tidak sesuai dengan sasaran, dan tentu akan lebih tidak bijaksana jika ketidaksesuaian itu disebabkan pendakwah tidak berusaha mengenali siapa sasaranya,penentuan metode dakwah keatas sasaran juga perlu dikaji terlebih dahulu, adakah metode dakwah bil hikmah,mauizatul hasanah atau mujadalah yang berkesan kepada sasaran dakwah. Fokus utama sasaran dakwah penulis ialah kepada remaja wanita terlanjur di Taman Seri Puteri Cheras.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,786
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 13,093
  • Bulanan: 5,076
  • Tahunan: 61,918
1,048,025

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia