ORANG KURANG UPAYA (OKU) DAN KERJAYA : KAJIAN DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI, KOTA SAMARAHAN

Bidang Kajian : Orang Kurang Upaya

Pelajar/Pengkaji Oleh: Limbai Anak Suyong

Alamat Emel: limbaimbyzx@gmail.com

Tarikh: 20/04/2015


Abstrak Kajian


Kerjaya merupakan suatu keperluan untuk setiap individu bagi menyara kehidupan seharian. Setiap individu yang ingin bekerja bukan sahaja untuk keperluan hidup sendiri dan keluarga malah untuk meningkatkan produktiviti negara yang kian membangun dan berkembang. Bagi orang kurang upaya (OKU) juga, tidak terlepas untuk mereka mendapatkan peluang kerjaya dalam hidup. Hal ini kerana, mereka juga memerlukan kerjaya bagi memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka seperti insan yang sempurna. Terdapat pandangan dan sikap prejudis masyarakat terhadap golongan OKU yang menyebabkan mereka dilayan seperti golongan kelas kedua (Zinaida Ariffin, 2006). Cabaran dalam bidang pekerjaan lebih hebat bagi golongan kurang upaya (OKU) ini disebabkan kekurangan atau kesukaran yang mereka alami. Misalnya, golongan cacat penglihatan lebih sukar mendapatkan peluang pekerjaan kerana mereka tidak dapat melihat dan skop pekerjaan yang khusus untuk mereka sukar untuk diperolehi. Oleh itu, masalah ini dianggap sebagai satu cabaran bagi mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang mereka hadapi. Cabaran yang menjadi penghalang oleh golongan ini sebenarnya adalah disebabkan persepsi masyarakat yang tidak yakin akan kebolehan mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Dalam usaha memahami kajian ini dan bagi memastikan penilaian mengenai isu-isu yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya (OKU) mendapatkan peluang pekerjaan adalah amat penting dan menjawab semua persoalan dalam usaha membantu golongan ini untuk mendapat hak kesamarataan daripada terus dipinggirkan.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,743
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 13,050
  • Bulanan: 5,033
  • Tahunan: 61,875
1,047,982

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia