Program Pemuliharaan di JKM bagi Kanak- Kanak yang Menjadi Mangsa Penderaan Seksual

Bidang Kajian : Kanak-kanak

Pelajar/Pengkaji Oleh: Khalilah Binti Hassan

Alamat Emel: ela90_aries@yahoo.com

Tarikh: 31/05/2013


Abstrak Kajian


Penderaan seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu jenayah yang semakin menular di kalangan masyarakat di Negara kita ini. Ini merupakan salah satu masalah sosial yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Justeru itu, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada individu atau masyarakat yang menjadi mangsa penderaan seksual terutama sekali kanak-kanak. Demikian, insiden penderaan seksual kanak-kanak ini perlu diberi perhatian segera dan perlu bagi setiap pihak untuk mengetahui kesan-kesan psikologi yang dialami, bagaimana cara memulihara trauma yang dialami oleh mangsa-mangsa penderaan seksual ini. Oleh itu objektif kajian adalah mengkaji program yang telah diaturkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memulihara kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual ini. Bagi mencapai objektif kajian, temubual bersama seorang pegawai psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan program pemuliharaan bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual. Segala dapatan yang diperolehi daripda temubual ini menunjukkan pihak kerajaan sangat mengambil berat dan memandang serius berkaitan isu ini. Terdapat banyak program yang telah diaturkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual ini.
  Kembali

Pertanyaan & Aduan


Bahagian Perancangan & Pembangunan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya

 +603 8323 1000 / 1926/ 1935/ 1890
 +603-8323 2321 / 2326 (Bantuan Teknikal)
 Borang Meja Bantuan
 helpdesk_myresearch@jkm.gov.my

Jumlah Pelawat


  • Hari ini: 1,146
  • Semalam: 1,549
  • Mingguan: 12,453
  • Bulanan: 4,437
  • Tahunan: 61,279
1,047,387

Hakcipta Terpelihara © 2024 Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia